Background

Sunday, November 17, 2013

Bumi ke 2

Assalamualaikum..Selamat sore..
Alhamdulillah. saya telah selamat sampai ke Malaysia semalam. Pengalaman bercuti di Bandung, Indonesia selama 4 hari 3 malam cukup membuat aku lari dari kesibukan sebagai seorang pelajar. Tenang fikiran di sana. Enggak perlu pusing pikir assignment yang belum siap serta aku skip exam on last thursday. Now, udah sampe Malaysia. Sebelum memulakan rutin harian seperti biasa, study and assignment, saya nak abadikan pengalaman saya di Bandung. Biarlah blog ini menjadi penutupnya.

Memang banyak shopping complex di sana, permandangan yang indah dan macam2 lagi. Namun tu bukanlah main interest aku di sana. Aku lebih prefer untuk menikmati perbezaan serta menilai keunikan di sesebuah negara yang aku pergi. Disamping bahagia yang menyelubungi hati kerana dapat berkunjung ke negara ke 2 dalam hidup setelah bumi United Kingdom telah dilewati, dalam hati penuh rendah diri dan syukur, aku menanam niat untuk bermusafir melihat ciptaan Allah yang jarang2 untuk aku temui. 
Gambar sekadar hiasan
Berbanding London dunia yang penuh mewah dan subur dengan tanaman bunga2an yang indah, lain ceritanya di Bandung, Indonesia. Aku lebih suka di Bandung kerana masyarakatnya rata-ratanya Islam. Iya, masyarakat seagama dengan aku di sana. Apa yang memisahkan kami adalah Laut Cina Selatan (kan? kan? lama tinggal geografi). Bahasanya juga mudah difahami. Enggak sukar untuk penonton sinetron di Malaysia.

Apa yang menyedihkan aku adalah disana banyak sangat pengemis dan hidup mereka susah sangat. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ini adalah gambaran kasar yang aku lihat di sana. (Jika salah, mohon ampun ya). Aku kesian bangat sama pengemis2 jalanan di sana. Namun, aku sudah diberitahu agar jangan menghulurkan wang untuk keselamatan. Kerana terlalu ramai pengemis, sekiranya bagi duit pada seorang, pengemis2 yang lain akan ikut hingga kita beri duit. 
Gambar Sekadar Hiasan
Sempat aku berkenalan dengan beberapa orang yang lebih kurang seusia dengan aku dan bekerja di sekitar kawasan tumpuan perlancong. Aku kagum melihat mereka. Usia muda telah membanting tulang mencari rezeki untuk makan. Mereka tidak seperti kita. Masih punya sumber kewangan terutama ibubapa untuk meminta sekiranya tiada duit. Tapi tidak buat mereka. Usia muda telah bekerja dan mencari rezeki sendiri. Tiada kerja maka tiadalah makanan untuk mereka makan. Jadi mereka akan maximize dan perah otak gila2 untuk hidup dan cari duit. Buat apa sahaja asalkan dapat duit. Orang yang bijak, akan bekerja atau generate idea untuk buat bisnes. Tapi orang yang kurang bijak, akan mencuri dan menipu. Disebabkan tekanan hidup yang miskin la menyebabkan mereka jadi seperti itu.

Lagi menyedihkan aku adalah orang di sana rata-ratanya Islam namun tidak mempunyai pegangan agama yang baik. Aku sedih bangat lihat mereka tidak solat apabila masuk waktunya. Aku sedih. Sungguh sedih. Dalam hati, mungkin sebab kamu tak jaga solat, rezki payah nak masuk. Dan disebakan kamu tidak menjaga solat, kamu menjadi miskin. Miskin di dunia dan miskin di akhirat, apa gunalah hidup. Disana banyak baju2 muslimah. Aku hepi bangat. Namun berapa kerat sahaja di sana yang menutup aurat dengan sempurnanya. Aku tak tahu usaha dakwah apa yang boleh aku salurkan disana melainkan doa buat insan2 yang aku kenal.
Gambar Sekadar Hiasan
Aku panjatkan rasa syukur dalam hati kerana dapat berkenalan dengan seorang teman di Indonesia. Dia baik, sopan santun, hormat orang tua dan sangat lemah lembut sekaligus menangkis semua tanggapan buruk aku sebelum ini pada orang Indon. Aku sangat mengharagai semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku termasuklah dia. Thanks for treating zahin and my family well. Entah bila dapat bertemu lagi. Mungkin 2-3 tahun lagi ataupun di syurga nanti. Aku kirimkan doa agar dia dimurahkan rezeki, bertemu dengan orang baik2, dan menjadi orang yang baik. Semoga seruan erat memegang pada agama Allah sampai kepadanya.


~TAMAT~

p/s: boleh mulakan hidup seperti biasa. Study and baca buku.

2 comments: