Background

Wednesday, August 20, 2014

New Journey!

i want to screammm.....!!!!!
why everything went wrong...T_T

Bismillahirrahmanirrahim....
hello..i am mimie. Today is my third day in Malacca. Making decision to move from my previous rental house was a big decision for me! Mana tak nya. Sayang kot rumah lama. Cantik plak tu. Saya berani jamin, x kan jumpa rumah sewa lain yang lebih baik dari tu. Selesa. Murah. and paling best dekat dengan mydin, kedai makan, petronas, pasar n macam2 lagi. Betul2 tengah bandar. However, dah takdir Allah tempatkan aku kat sini. Now i'm here! in Batu Berendam Melaka. Jadi pelanggan setia coconut shake la aku lepas ni. Aku buat decison untuk pindah sebab I'll be alone if i remain stay in TTU. Nobody left. Duit sewa pun makin bertambah nnt..

Aku buat decision pindah tanpa tgok dulu pun rumah di Batu Berendam tu. Lepas tengok...mak aihh...rasa nak lari patah balik umah lama kat TTU! Biasa la tempat baru kan.. Aku memang susah nk adapt dengan new environment. Tapi tak pe la. I know it takes time... Sabar ye mimi..Sabar! Kat rumah baru ni aku tak kenal sangat housemate. Bila tak kenal, aku sangat tak pandai bercakap dengan orang yang baru aku kenal. Apatah lagi aku masuk rumah ni lambat 3 minggu compared to others. Memang susah nak pecahkan icebergh dekat aku ni. InsyaAllah, everything will be ok. I know it takes time.

Pagi ni lepas solat dhuha, aku masuk dapur masak nasi goreng. Rancangnya nak puasa sebab tinggal lagi satu hari je. Tapi semalam housemate masak nasi putih lebih untuk aku. Aku tak tau dia masak untuk aku so aku dah beli nasi kat luar. Ni kes communication breakdown la ni. Masak untuk aku tapi segan bgtau aku. hurmm. Untuk mengelakkan dari membazir, pagi ni aku masak nasi tu wat nasi goreng. Diorang semua dah g kerja. Tinggal lah aku sorang2 kat rumah. Home alone.

Aku sepatutnya dah start being RA. Tapi crim lambat sangat keluarkan offer letter. So jadi lah aku suri rumah sepenuh masa. Working from home. Ada beberapa journal yang SV aku dah kasi untuk disental2 dan diperah2 untuk buat jus otak. Aku patutnya baca journal pagi ni tapi.............Moga2 lepas zohor nnt aku baca journal2 ni.

Huhh...ikut aku ni macam2 aku nak mengeluh, membebel..merungut. Dengan wifi x de, extension rosak, duit makin sikit, nk gi kenduri ipoh abg x kasi, macam2 la.. Tapi sebenarnya my big problem adalah aku SUNYI.. I'm so lonely. T_T So abis semua benda2 remeh temeh aku salahkan. Tapi aku tau aku mesti kuat. Ini jalan yang aku pilih. Aku pilih jalan lain pun sama je kalau aku tak sedia untuk berubah or reluctant to a new change. Bak kata ayah, life is dynamic. It keeps on changing. So kalau life change, aku pun kne lah berubah and adapt to new change.

Oh Allah, permudahkanlah urusan master aku. Moga segalanya berjalan lancar. Cukupkanlah aku ya Allah.



Thursday, April 10, 2014

B.E.R.K.A.T

Berkat.
Nampak remeh tapi tu la yang memandu corak hidup kita nanti. Ayah selalu tekankan benda ni. Sambil2 drive, masuk kejap bab berkat. Sambil2 vacation, selit jugak bab berkat. Dari kecik ayah selit benda ni waktu gi jalan2, makan angin, driving.. Awalnya peringatan untuk kakak dan abang yang semakin menjengah usia dewasa ketika itu. Perlunya ilmu kehidupan yang akan membawa mereka melihat dunia dari sudut yang lebih jauh. Aku yang masih kecil ketika itu sama-sama memasang telinga lantas perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing untuk aku yang semakin menginjak usia dewasa ketika ini. Dah macam2 contoh ayah bagi. Praktikal..teori..semua ada. 

Bercakap pasal berkat, ia merangkumi seluruh aspek kehidupan kita. Dari segi ilmu, kewangan, restu ibu bapa dan apa sahaja yang membentuk kehidupan kita hari ini. Ianya mestilah berlandaskan Islam. Kalau makanan, lihat pada yang halal. Adakalanya makanan yang nampak common dalam masyarakat belum tentu halal untuk kita makan. Benda ni nampak simple tapi sebenarnya amat mencabar dalam dunia kita yang semakin jauh dari agama hari ini. Effect dia? Makanan tu lah yang akan membentuk diri kita, amal ibadat kita, akal kita, hati kita, peribadi kita dan segala2nya la. 

Begitu juga dengan ilmu, waktu belajar, jangan meniru..! Jangan sesekali meniru atau tipu waktu peperiksaan. Dapat result A hasil daripada ketidakjujuran kita dalam menuntut ilmu, mampukah kita berjaya hingga ke akhirnya? Result straight As tak menjamin kerjaya yang baik. Result straight As juga tak menjamin duit yang kita peroleh dari kerjaya kita tu mampu untuk cover keperluan asas dalam kehidupan kita nanti. Keberkatan lah yang menentukan segala-segalanya. Ketahuilah dunia di depan sana sangat mencabar. Kalau tak jaga dari basic (source dia), memang susah nanti.

Perkara yang sama juga untuk restu ibu bapa. Restu ibu bapa ni sampai ke akhir hayat kena jaga. Kalau mak ayah kecik hati, jangan haraplah nak tenang hidup. Buatlah apa2 asalkan mereka bahagia. Kalau tengah sibuk2 urusan di kampus, mak panggil balik, balik je la. Never argue! Selagi tak bercanggah dengan agama, they always right and will be the first priority.

Ayah had gave the best to us. Saya percaya semakin meningkat dewasa, semakin sukar untuk menjaga keberkatan dalam hidup apatah lagi dalam dunia sekarang. Manusia jauh dari agama. Semakin dewasa juga semakin banyak aspek yang perlu kita sentuh. Nanti dah bekerjaya, zakat jangan lupa. Lifestyle pekerjaan pun kena jaga. Rasuah jangan ambil. Punctuality kena jaga. Semua aspek lah kena jaga.

Begitu juga urusan jodoh dan perkahwinan. Kalau awalnya dah mengundang murka Allah, how do you expect your marriage will last till Jannah? How do your expect your children will listen to you and how do your expect you will have no problem in your relationship? Semua tu sedikit sebanyak puncanya dari kesalahan kita sendiri. Boleh rujuk surah as Syura ayat 30.

Bukan mudah untuk menjaga keberkatan. Adakalanya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang kita sayang. Adakalanya kita terpaksa hilang sesuatu yang kita nak sangat. Dan adakalanya kita akan mengalami kesusahan. Disitulah teruji setinggi mana tawakal kita pada Allah. Sejauh mana kita yakin, Allah akan sentiasa ada dengan kita apatah lagi ketika kita meninggalkan sesuatu kerana-Nya. Moga Allah sentiasa membimbing diri ini yang sentiasa lupa dan alpa. Deep..deep hopeful.


Thursday, January 23, 2014

Semester Break...

Jadi kejer cuti-cuti sem ni.
Here i come with Durian Creepe...
Lama dah mak mintak..
Blueberry Cheese Cake
Siap dgn packaging..
Not for SALE..but for EAT..!!
Khas untuk mak-mak buyong dalam rumah ni. 
Year 2014 dijangka mendapat another 3 nephews from each partners siblings. Alhamdulillah..
Here you go..!! Niyya Wazeera. 1 year 2 months.
Da besar ye..