Background

Thursday, November 21, 2013

Amilin

Assalamualaikum..
Apa khabar iman? Saya ada beberapa perkara ingin dikongsi. Saya bukan ustaz mahupun ustazah. Ilmu saya pun tak seberapa. Saya cuma ingin mengajak sahabat2 untuk merebut cinta Allah. Semua orang tahu apa yang patut mereka buat tapi sukar untuk istiqamah kan? Sebab iman kita kadang turun kadang naik. Jadi nasihat saya buat la sikit2 dulu, asalkan istiqamah. Daripada buat sekaligus banyak, tapi x istiqamah. Mungkin boleh but i'm not prefer that way.

Stage 1: Tumpukan yang wajib dahulu. 
Contoh: Solat fardhu 5 waktu and baca Quran. Ni basic. Kamu maintain dua amalan ni pun dah bagus for a long term. InsyaAllah, ianya akan menjaga kamu dari melakukan kemungkaran. Make sure..maintain this for a LONG term ok..!

Stage 2: Amalan2 sunat.
Second, kalau da ready, up sikit level. Amalan2 sunat ada banyak, boleh pilih nak buat yang mana. I suggest we do this, tnsyaAllah.

Solat berjemaah
Alang2 solat, solat berjemaah pula kali ni boleh? Nampak orang tgh solat, tepuk je bahu dia dan jadi makmum dia. As simple as that bagi wanita. (Lelaki seeloknya ke masjid/surau).  

Al Mathsurat
Baca pagi dan petang. Boleh start dengan almathsurat sughro dulu. Pendek je. The word in almathsurat is very powerful and touched. So baca la. Tak rugi pun. Bagi yang baru untuk mula membaca, awal2 baca gagap dulu pun tak pe, lama2 fluent la..


Solat Dhuha
Ini pun senang untuk dilakukan. Before gi kelas/ kerja, boleh singgah surau buat kejap. Time kelas/ kejer pun boleh je kluar kejap. Simpan wuduk dari rumah. 2 rakaat je pun. Sekejap sangat. Sikit je masa kte spend utk dhuha tp result dia worth enough ok. Murah rezeki. Allah bless. Rasa macam the whole day Allah guide because awal2 pagi lagi kte da bsama Allah. Try la buat bagi yang belum pernah buat atau jarang buat. Keep istiqamah ok!  

Qiamullail
Alhamdulillah. Subhanallah. Siapa yang boleh buat ni sokmo memang tahniah diucapkan. Indahnya pagi kita bersama Allah. Try la buat. Biasakan diri untuk bangun qiam walaupun sekadar solat 2 rakaat. Kalau mampu buat la lebih. Kalau tak mampu 2 rakaat pun jadi. Don't feel offended or down. This is not compulsory but encouraged. Buat ikut kemampuan supaya kita tak rasa lemau untuk buat lagi pada hari2 seterusnya. *Recommended: Biasakan diri dengan solat tahajjud and solat taubat. 2 solat sunat yang saya rasakan penting secara peribadinya. Tiap2 hari kita buat dosa, jadi tiap2 hari tolongla buat solat taubat mintak ampun pada Allah untuk dapatkan keberkatan hari2 seterusnya.  

Puasa sunat
Puasa sunat sangat bagus dalam membantu mencegah hawa nafsu dan mendisiplinkan diri. Ada orang mudah untuk berpuasa. Ada orang payah sangat nak puasa. Depends pada individu tersebut. Kalau payah, jangan paksa diri. Sperti yang saya cakap, banyak amalan2 sunat yang kita boleh buat. Boleh pilih mana yang berkenan atau buat semua lagi bagus. Yang penting, ISTIQAMAH. *Recommended: kalau rasa jauh dari Allah, boleh utamakan ibadah puasa terlebih dahulu compared to amalan2 sunat yang lain. Ianya membantu merawat hati insyaAllah. Begitu juga dengan solat malam.

Stage 3: Ilmu
Next stage, boleh mula menghafal suroh. Rajinkan diri ke majlis ilmu dan sebagainya, untuk additional knowledge. Baru powerful, insyaAllah. Sedikit sebanyak dapat membantu menyampaikan dakwah kepada orang lain.

Banyak lagi stage seterusnya. Tapi ini sahaja yang boleh kongsikan atas kekurangan ilmu pada diri.
Nasihat saya, cari perkara yang menyeronokkan dalam melakukan ibadah/ kebaikan. Enjoy do what we suppose to do. Apa yang menyeronokkn? Cari sendiri.

Another one thing, jangan melakukan sesuatu kerana semangat. Bukan la tak elok. Cuma semangat akan lemah suatu hari nanti. Tapi lakukanlah sesuatu sebab kita FAHAM. InsyaAllah, istiqamah.

Renung2kan dan selamat beramal. Assalamualaikum..:)


p/s: bagi sesiapa yang terlintas untuk berubah, tiada kekuatan untuk berubah atau perlukan guidance/ nasihat. InsyaAllah saya boleh bimbing apa yang termampu. Let me know. May Allah help us to his Jannah. 

1 comment: