Background

Friday, May 24, 2013

25 Mei 2013

25 Mei 2013..
Semakin hari kita semakin tua. Hari ni Sabtu. Alhamdulillah. Masih bernyawa. Menghitung hari-hari yang kebosanan. Bosan pun bosan lah..asal mak ayah happy aku berada depan mata mereka. Appreciate this moments. Esok2 dah belajar, kejer, da ada family sendiri, mungkin the time is limited. Apatah lagi bagi anak perempuan kan. So, i really appreciate this moments. Sengaja aku peruntukkan 6 bulan internship aku di sini agar boleh selalu balik ke rumah. 6 months just for them. :)


Pagi yang indah. Awal pagi mak dah bangun memasak nasi lemak dan ayam feveret family untuk campaign abang sopi and the geng. Katanya ada mukhayyam khariji dengan pemuda surau. Ayah pulak awal pagi dah keluar jogging. Adik? Masih lelap tidur. Puass gerak.."woii..orang nak amik SPM..hang duk tiduq lagi..!" Biasa la. budak asrama memang macam tu. Kat rumah la peluang terbaik untuk bangun lambat and tak payah baca buku. Kalau Nazhan zahin tiada di rumah, biasanya TV la yang akan memeriahkan rumah kami. Tanyalah ustaz TV9 selalu menjadi hidangan pagi tapi tiada siapa yang berada di depan tv. tv tu hanya dibuka untuk memeriahkan suasana mungkin. Kalau mak da habis kerja di dapur, baru mak berada di depan TV. Aku seperti biasa  pagi2 menguruskan kain baju yang bertimbun. Melipat, membasuh dan menyidai kain2 baju seorang diri. Pada masa yang sama berusaha menghilangkan rasa ngantuk yang mengganggu aku. Sambil2 melipat kain baju, masuk jugak intipati ceramah Dr Danial dalam rancangan tanyalah ustaz td walaupun berada jauh dari Tv ketika itu.


Semua orang tau Dr Danial ni bagus. Bercakap berdasarkan fakta sains. Bila dia bagi ceramah, dia bagi kita berfikir dan melihat. Dia menunjukkan kekuasaan Allah berdasarkan bukti yang kita boleh fikir dan meyakini lebih akan kekuasaan Allah itu. Sebab tu kita kena pandai ilmu dunia agar mampu melihat kekuasaan Allah. Sebab tu Allah tuntut kita supaya menjadi orang yang berilmu. Hanya orang yang berilmu akan melihat betapa hebatnya kejadiaan alam ini. Tadi Dr Danial bercerita menganai acuan Rabbani. Menceritakan kehebatan mukjizat Al Quran. Subhanallah..! Maha suci Allah yang menjadikan Quran sungguh indah dan perfect. Quran itu adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW. Ianya adalah wahyu Allah. Semua intipatinya adalah dari Allah. Allah turunkan mukjizat pada Nabi untuk lebih meyakinkan kita akan kekuasaan Allah. Seperti hebatnya mukjizat tongkat Nabi Musa as. yang bertukar menjadi ular. Begitu juga hebat mukjizat Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dan mukjizat Al Quran itu ada di rumah kita. Tapi tak ramai yang membacanya. Tak ramai dalam masyarakat kita yang mentadabbur dan menilai betapa tingginya nilai Al Quran yang berada di tangan kita. Hebatnya Al Quran, perkara yang berlaku bertahun2 dahulu seperti kisah Firaun, Allah jelaskan pada kita melalui ayat Al Quran sedangakan sains pun tak dapat discover what had happened thousand years ago. Bila saintis discover Quran, they will discover the miracles of world. Baru mereka discover bukti2 berdasarkan penceritaan di dalam Al Quran. Quran is the key. Sebab tu di akhir zaman ini, semakin ramai saintis memeluk Islam.


#mukjizat Al Quran berada di rumah kita. Jagailah ia dengan baik. Bacalah dia. Amalkanlah dia. Dia pemandu arah kita dalam kehidupan apatah lagi di akhir zaman ini. Moga dia mampu menyelamatkan kita dari azab kubur dan api neraka yang tidak terperi sakitnya. Dan moga dia menjadi penyuluh cahaya di kubur kita nanti dan mampu membawa kita ke syurgaNya. ameen.

1 comment:

  1. time kasih atas perkongsian..in syaa Allah..amin..

    ReplyDelete