Background

Thursday, April 10, 2014

B.E.R.K.A.T

Berkat.
Nampak remeh tapi tu la yang memandu corak hidup kita nanti. Ayah selalu tekankan benda ni. Sambil2 drive, masuk kejap bab berkat. Sambil2 vacation, selit jugak bab berkat. Dari kecik ayah selit benda ni waktu gi jalan2, makan angin, driving.. Awalnya peringatan untuk kakak dan abang yang semakin menjengah usia dewasa ketika itu. Perlunya ilmu kehidupan yang akan membawa mereka melihat dunia dari sudut yang lebih jauh. Aku yang masih kecil ketika itu sama-sama memasang telinga lantas perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing untuk aku yang semakin menginjak usia dewasa ketika ini. Dah macam2 contoh ayah bagi. Praktikal..teori..semua ada. 

Bercakap pasal berkat, ia merangkumi seluruh aspek kehidupan kita. Dari segi ilmu, kewangan, restu ibu bapa dan apa sahaja yang membentuk kehidupan kita hari ini. Ianya mestilah berlandaskan Islam. Kalau makanan, lihat pada yang halal. Adakalanya makanan yang nampak common dalam masyarakat belum tentu halal untuk kita makan. Benda ni nampak simple tapi sebenarnya amat mencabar dalam dunia kita yang semakin jauh dari agama hari ini. Effect dia? Makanan tu lah yang akan membentuk diri kita, amal ibadat kita, akal kita, hati kita, peribadi kita dan segala2nya la. 

Begitu juga dengan ilmu, waktu belajar, jangan meniru..! Jangan sesekali meniru atau tipu waktu peperiksaan. Dapat result A hasil daripada ketidakjujuran kita dalam menuntut ilmu, mampukah kita berjaya hingga ke akhirnya? Result straight As tak menjamin kerjaya yang baik. Result straight As juga tak menjamin duit yang kita peroleh dari kerjaya kita tu mampu untuk cover keperluan asas dalam kehidupan kita nanti. Keberkatan lah yang menentukan segala-segalanya. Ketahuilah dunia di depan sana sangat mencabar. Kalau tak jaga dari basic (source dia), memang susah nanti.

Perkara yang sama juga untuk restu ibu bapa. Restu ibu bapa ni sampai ke akhir hayat kena jaga. Kalau mak ayah kecik hati, jangan haraplah nak tenang hidup. Buatlah apa2 asalkan mereka bahagia. Kalau tengah sibuk2 urusan di kampus, mak panggil balik, balik je la. Never argue! Selagi tak bercanggah dengan agama, they always right and will be the first priority.

Ayah had gave the best to us. Saya percaya semakin meningkat dewasa, semakin sukar untuk menjaga keberkatan dalam hidup apatah lagi dalam dunia sekarang. Manusia jauh dari agama. Semakin dewasa juga semakin banyak aspek yang perlu kita sentuh. Nanti dah bekerjaya, zakat jangan lupa. Lifestyle pekerjaan pun kena jaga. Rasuah jangan ambil. Punctuality kena jaga. Semua aspek lah kena jaga.

Begitu juga urusan jodoh dan perkahwinan. Kalau awalnya dah mengundang murka Allah, how do you expect your marriage will last till Jannah? How do your expect your children will listen to you and how do your expect you will have no problem in your relationship? Semua tu sedikit sebanyak puncanya dari kesalahan kita sendiri. Boleh rujuk surah as Syura ayat 30.

Bukan mudah untuk menjaga keberkatan. Adakalanya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang kita sayang. Adakalanya kita terpaksa hilang sesuatu yang kita nak sangat. Dan adakalanya kita akan mengalami kesusahan. Disitulah teruji setinggi mana tawakal kita pada Allah. Sejauh mana kita yakin, Allah akan sentiasa ada dengan kita apatah lagi ketika kita meninggalkan sesuatu kerana-Nya. Moga Allah sentiasa membimbing diri ini yang sentiasa lupa dan alpa. Deep..deep hopeful.


Thursday, January 23, 2014

Semester Break...

Jadi kejer cuti-cuti sem ni.
Here i come with Durian Creepe...
Lama dah mak mintak..
Blueberry Cheese Cake
Siap dgn packaging..
Not for SALE..but for EAT..!!
Khas untuk mak-mak buyong dalam rumah ni. 
Year 2014 dijangka mendapat another 3 nephews from each partners siblings. Alhamdulillah..
Here you go..!! Niyya Wazeera. 1 year 2 months.
Da besar ye..

Sunday, January 19, 2014

Reclaim heart..

Redha tu terletak pada hati.
Bergantung pada kekuatan iman.
Bersandar pada keyakinan pada janji-janji Allah.
Redha tu, bila kita ikhlas.
Ikhlas menerima, berlapang dada.
Sangka baik dengan Allah.
Itu sebenarnya yang orang duk kata move on.
Bukan maksudnya terus melupakan.
Tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku tu takkan terjadi dengan sia-sia.
Ada sebab kenapa Allah aturkan semua tu untuk kita.

Ingat sentiasalah memaafkan orang lain walaupun trlalu berat buat dirimu…
Allah sayang hambaNya yang memaafkan orang lain dan balaslah dengan kebaikan serta doa yang terbaik buat dirinya..

Kadang-kadang, ujian tu hebat sangat sampai terdiam kita..
Tapi kadang-kadang dari diam, kekuatan kita terbina..